Sunday, May 3, 2020

Program Perantis Guru 2 (PPG2)

(Late post) Program Perantis Guru 2 ini telah dijalankan di SMK Spaoh pada tarikh 16 Julai 2018 sehingga 10 Ogos 2018 iaitu dalam tempoh 4 minggu (1 bulan). Untuk Program Perantis Guru 1 yang dahulu, saya juga telah menjalankan Program Perantis Guru (PPG) di sekolah yang sama iaitu SMK Spaoh. SMK Spaoh merupakan sekolah lama saya dari Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 6 dahulu. 




Objektif PPG2 bagi pelajar Program Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk membina kemahiran dalam pengurusan bimbingan dan kaunseling serta amalan bimbingan di sekolah. Antara tugasan yang perlu dilaksanakan adalah terbahagi kepada 5 bahagian iaitu; (1)Melaksanakan pemerhatian dan pengurusan bilik bimbingan dan kaunseling, (2)Kemahiran dalam aspek bimbingan di sekolah iaitu melaksanakan pemerhatian ke atas sekurang-kurangnya satu sesi kaunseling atau bimbingan individu oleh kaunselor pembimbing, (3)Kemahiran dalam amalan bimbingan individu dan kelompok di sekolah, (4)Penglibatan bersama guru kaunseling dalam melaksanakan aktiviti/program kaunseling di sekolah dan (5)Penglibatan bersama guru kaunseling berkaitan penggunaan ujian psikologi kepada pelajar sekolah seterusnya rumusan keseluruhan unit perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.

Source: FB SMK SPAOH

Gambar2 Sepanjang Menjalani PPG2:

😊Aktiviti Bimbingan Kelompok




😊Aktiviti Menjawab Inventori



😊Class Relief




😊Aktiviti PRS






😊UPSIan PPG Bersama








😊Gambar dengan Cikgu

       

       


😊 #CounsellingSquad





 😊Gambar Diri Sendiri😀














Share:

0 comments:

Post a Comment