Friday, February 23, 2018

Tugasan Luar Encik Aziz (Sem3)

Tugasan luar ini adalah bertujuan untuk membuang perasaan malu yang ada dalam diri kaunselor-kaunselor sekalian😂 Kami diminta untuk mencari dan menemubual mana-mana orang awam/orang yang tidak dikenali di mana terdiri daripada; seorang kanak-kanak, seorang remaja perempuan, seorang remaja lelaki (lecturer cakap mesti yang "handsome"), seorang lelaki tua dan juga seorang wanita tua. Dalam satu kumpulan terdiri daripada 5 orang ahli. Setiap seorang ahli haruslah menemubual seorang sahaja daripada 5 kategori yang saya nyatakan tadi. Ya Allah, tak dapat digambarkan perasaan pada masa tu. Nervous, takut, malu semua ada. Yelah, apa perasaan anda kalau tetiba je ada orang yang tidak dikenali mendekati dan bertanyakan/menyatakan sesuatu. Dalam situasi ini, setiap sorang dari kami perlu mendekati orang awam & rakan sekumpulan yang lain merakam perbualan tersebut dari jauh (dah macam paparazzi pulak kan). Ini merupakan pengalaman yang paling bermakna buat kami dan secara tidak langsung dapat menghakis sedkit perasaan malu yang ada dalam diri. Nak jadi kaunselor tak boleh nak malu sangat. Nanti kat sekolah kalau malu susah lah kaunselor nak bergerak. Sebelum kami memulakan misi kami dalam gambar tersebut, sebenarnya hampir sejam lebih kami mengumpul keberanian dan keyakinan untuk menemubual orang awam tersebut. Dan hampir sejam lebih tu lah kami mengelilingi pekan Tanjung Malim. 


Berjalan-jalan sekitar Pekan Tanjung Malim untuk mencari mangsa untuk ditemu bual.

Setelah mengumpul kekuatan, Farezka memulakan misinya. Btw, uncle ni sporting gila. 

Ni adik form 6 dari kubu bharu. Masa ni dia tengah tunggu bas nak balik kampung. I nampak dia sorang-sorang masa tu, so I approach la dia. Nasib baik okay je adik ni. Tak sombong.

Wana berborak sakan dengan makcik ni. Makcik ni pun best. Tak berhenti boraknya. Haha.


Qusyai dan adik-adiknya. Ni pun borak lama haritu. Borak apa je

Ain je yang special case. Orang lain lakukan misi di pekan TM, dia pulak kat Bitarasiswa. Muka nervous je tu dalam gambar.
Share:

Pelaksanaan Modul WOW






Dalam subjek Bimbingan Kelompok (Semester 3) yang lepas, kami diminta untuk merancang serta melaksanakan suatu modul. Kami telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan satu kumpulan mewakili 5 orang ahli. Kumpulan saya merupakan giliran yang pertama yang perlu melaksanakan modul kami. Kesemua modul kami dijalankan di makmal kaunseling dan peserta bagi modul tersebut adalah dalam kalangan Kaizen semuanya. Modul kami dinamakan WOW. Modul WOW tersebut adalah bertemakan "Team work".

Share: