Thursday, March 22, 2018

Program Perantis Guru (PPG1)

Ni merupakan sedikit perkongsian dari saya tentang journey dan pengalaman yang saya lalui semasa PPG1 pada tahun lepas (iaitu dari 3 Julai hingga 14 Julai 2017). PPG1 ni berlangsung selama 2 minggu. Sekolah yang telah dipilih adalah SMK Spaoh iaitu sekolah saya sendiri dulu.

3 JULAI 2017


 


Gambar kat atas ni merupakan hari pertama bermulanya PPG1 di SMK Spaoh. Seronok jugak boleh buat PPG1 kat sekolah sendiri. Cikgu-cikgu pun kenal. Pengetua pun dah kenal. Alhamdulillah. Sejujurnya, agak nervous jugak pada mulanya sebab ni merupakan pengalaman pertama jadi guru pelatih (GP). Yelah kan, PPG kat sekolah sendiri. Lepastu students pulak panggil cikgu. And ada yang tak boleh move on lagi panggil Akak. Sebab dulu jadi senior diaorg kat sekolah tup-tup jadi cikgu pelatih pulak. So faham jugak lah kejanggalannya di situ even saya sendiri rasa janggal lagi. Haa masa ni duduk kat ubk taknak duduk kat bilik guru sebab ramai sangat cikgu kat situ. Malu lah pulak hahaha.

4 JULAI 2017




  

 

Hari ni saya ada sit-in kat sebuah kelas. Kelas Tingkatan 3. Sit in ni sebab nak suruh students jawab inventori. Bukanlah sit-in secara official lagi sebab ni ganti guru pembimbing je. Sebelum suruh diaorg jawab inventori tu saya sempat berkenalan dengan diaorg kat kelas. Yelah sebelum apa-apa kan kena rapport dulu. Sit-in ni ambil masa dalam sejam macam tu. Lepas diaorg selesai menjawab semua item, saya sempat jugak berborak dengan mereka. Borak-borak kosong je. Salah seorang student kat kelas tu saya kenal sebab merupakan anak kepada sepupu ibu saya. So memang kenal lah. By the way yang selalu ada dengan saya dalam gambar tu merupakan partner saya untuk PPG1. Her name is Dayah.

5 JULAI 2017




Haa ni baru sit-in secara official nya. Hari ketiga baru ada nama kat sit-in. Masuk pejabat je tengok senarai sit in ni. Tak sangka pulak dah ada nama untuk sit in. Sit-in ni ganti cikgu yang pergi ke kursus pada hari tersebut. Boleh tengok kan kat atas sit in untuk students form berapa. Karenah students Form5 pun macam-macam jugak. Hahaa nasib tak bising. Masa sit in ni ada Dayah menemani.

6 JULAI 2017
Bersama Cikgu Chang Kok (cikgu Sejarah Form6 dulu)


Bersama Cikgu Affendi (cikgu Geografi Form6 dulu)




Sit in lagi (inventori)




7 JULAI 2017
Hari ni best sangat. Sebab ada jamuan raya. Jamuan raya so kenalah pakai baju raya kan. Alhamdulillah rezeki boleh makan2. Hehehe. Dapat pekena rendang ayam, kek lapis sarawak, biskut2 dan macam-macam lagi lah (sesi menambah lemak). Lapar pulak sis bila menaip ni.

Bersama Guru Pembimbing (Cikgu Christine)

Jamuan Makan Budak Form 6 (super junior ni)






Bersama kaunselor dengan budak2 PRS




#PRS




Budin (ex classmate form 6 yang tengah praktikal jugak)

10 JULAI 2017

Sit in Form 1 (teman cikgu Dayah)




😊

11 - 13 JULAI 2017 (SUKAN TAHUNAN SEKOLAH)
Berlangsungnya sukan sekolah selama 3 hari. Sunburn jugak time ni hahaha sebab panas sangat. Turut mencipta sejarah sebab disuruh menyertai acara guru untuk larian 4x100m. Kena paksa berlari hahaha.


Tugas: Hakim Pencatat Masa






Para Pencatat Masa



***Hari last sukan***




14 JULAI 2017 (THE LAST DAY)
Ada "something" berlaku hari ni. Dan something tu telah mengajar saya sesuatu. Semoga boleh dijadikan sebagai pengajaran pada masa mendatang. 







15 JULAI 2017 (Program KPMiC)
Menyertai  sebuah program iaitu Kursus Pelajar Melayu Islam Cemerlang (KPMiC) selaku guru penyelaras. Program KPMiC ini adalah dianjurkan oleh Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Program ini melibatkan pelajar-pelajar islam Tingkatan 1 sahaja. Seriously, program ni best sangat. Rasa nak turut serta jadi peserta jer.



Fasilitator2









***Terima kasih saya ucapkan kepada Sir Anis (Pengetua SMK Spaoh) sebab sudi menerima saya untuk menjalankan PPG1 selama 2 minggu tersebut. Terima kasih yang tak terhingga jugak saya ucapkan kepada Cikgu Christine dan juga Cikgu Adli (kaunselor SMK Spaoh) atas bimbingan dan juga motivasi yang telah diberikan. Terima kasih melayan saya dengan baik sekali. Kepada cikgu-cikgu SMK Spaoh yang lain juga saya ucapkan jutaan terima kasih semua. Semoga kita dapat berjumpa lagi warga SMK Spaoh untuk PPG2 yang akan datang. In shaa Allah :)

Bilik Kaunseling


My meja masa PPG

Bilik Guru dan Pejabat Pentadbiran


UBK






Share: