Sunday, May 3, 2020

Praktikum Kaunseling

Nama Sekolah: SMK Proton City (SMKPC)
Tempoh Praktikum: 27 Februari 2019 - 24 Mei 2019 (13 Weeks)
Hari Isnin & Selasa: Kuliah di kampus (Dua hari tu jadual memang padat gilerrr)
Hari Rabu - Jumaat: Praktikum di sekolah


So tengok je lah gambar atas ni. This will describe everything lah apa yang kitaorg buat masa praktikum kaunseling ni. Penat gak tu nak kejar jam lagi2 sesi kaunseling individu dengan kelompok. Kalau tak start awal2 memang sakit jugak lah nanti nak kejar last2 tu. Huhuhu. Praktikum ni boleh tahan barai gak lah sebab dengan kuliah nya lagi, dengan praktikumnya lagi, dengan assignmentsnya lagi, dengan nak penuhi jumlah jam sesi, nak menulis report sesi tu lagi (bayangkan lah kalau banyak report yang tertangguh). Boleh lenguh gak lah tangan nak tulis. Minggu terakhir sebelum penghantaran tu Ya Tuhan, dengan busynya sampai lambat tidur. Nak siapkan semua bnde punya pasal. Alhamdulillah sebab sistur pun berjaya menamatkan praktikum dengan jayanya. Memang banyak bende lah yang boleh dpt dari praktikum ni. Banyak pengalaman, pahit manisnya. Semua tu proses pembelajaran. Praktikum ni jugak sbg pendedahan awal untuk kitaorg (kaunselor pelatih) sebelum nak g ke Internship Kaunseling. Haa tu jelah kot kang panjang lebar pulak. So, sekarang nk share lah gambar-gambar semasa Praktikum Kaunseling dulu.

😊Program

  





 😊Bersama Cikgu & Kaunselor


😊Aktiviti Lain




😊Geng UPSIan

 😊Last Day

😊Last But Not Least






















Share:

Program Perantis Guru 2 (PPG2)

(Late post) Program Perantis Guru 2 ini telah dijalankan di SMK Spaoh pada tarikh 16 Julai 2018 sehingga 10 Ogos 2018 iaitu dalam tempoh 4 minggu (1 bulan). Untuk Program Perantis Guru 1 yang dahulu, saya juga telah menjalankan Program Perantis Guru (PPG) di sekolah yang sama iaitu SMK Spaoh. SMK Spaoh merupakan sekolah lama saya dari Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 6 dahulu. 




Objektif PPG2 bagi pelajar Program Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk membina kemahiran dalam pengurusan bimbingan dan kaunseling serta amalan bimbingan di sekolah. Antara tugasan yang perlu dilaksanakan adalah terbahagi kepada 5 bahagian iaitu; (1)Melaksanakan pemerhatian dan pengurusan bilik bimbingan dan kaunseling, (2)Kemahiran dalam aspek bimbingan di sekolah iaitu melaksanakan pemerhatian ke atas sekurang-kurangnya satu sesi kaunseling atau bimbingan individu oleh kaunselor pembimbing, (3)Kemahiran dalam amalan bimbingan individu dan kelompok di sekolah, (4)Penglibatan bersama guru kaunseling dalam melaksanakan aktiviti/program kaunseling di sekolah dan (5)Penglibatan bersama guru kaunseling berkaitan penggunaan ujian psikologi kepada pelajar sekolah seterusnya rumusan keseluruhan unit perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah.

Source: FB SMK SPAOH

Gambar2 Sepanjang Menjalani PPG2:

😊Aktiviti Bimbingan Kelompok




😊Aktiviti Menjawab Inventori



😊Class Relief




😊Aktiviti PRS






😊UPSIan PPG Bersama








😊Gambar dengan Cikgu

       

       


😊 #CounsellingSquad





 😊Gambar Diri Sendiri😀














Share: